Thursday, March 10, 2016

ABSTRAK

      Topik 8 iaitu Putaran Jasad Tegar (Rotation of Rigid Body) merupakan satu topik yang agak kompleks di kalangan pelajar. Pelajar kurang memahami konsep yang terdapat dalam topik ini dan seterusnya gagal untuk menghubungkait antara satu rumus dengan rumus yang lain. Hasil daripada perbincangan kami, satu solusi telah dirangka untuk membantu pelajar memahami topik ini dengan lebih mudah. Dengan menggunakan teknik penceritaan, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih menarik untuk dipelajari.Sasaran penggunaan adalah pelajar yang mengambil subjek Fizik SF016 dan DF 015 (modul 1 & 2) di Kolej Matrikulasi Selangor.Teknik penceritaan ini adalah berpandukan papan cerita yang telah dirangka untuk menyampaikan kandungan silibus bagi topik 8 khususnya subtopik (8.3:Rotation dynamics & 8.4:Work and energy of Rotation Motion). Hasil daripada teknik yang digunakan ini, kami mendapati pelajar lebih mudah memahami konsep yang diterangkan dalam Topik 8 dengan cara lebih menarik dan seterusnya mengingati formula yang berkaitan. Oleh itu, melalui penceritaan yang mengikut turutan situasi membolehkan pelajar memahami konsep seterusnya mengingati rumus-rumus yang terdapat dalam topik ini.