Pelajar akan lebih menghargai setiap yang berlaku di sekelilingnya sekiranya mereka faham bagaimana Fizik digunakan dalam semua aspek kehidupan. Asasnya, Fizik adalah cerita dan alam semesta adalah pentas untuk melakonkan cerita tersebut. Di situlah wujudnya adegan, watak-watak, plot, klimaks, misteri dan keseronokan jalan cerita itu. Ya, ada rumus dan fakta-fakta yang perlu dipelajari dan difahami dalam Fizik itu sendiri. Justeru, sekiranya penceritaan itu disampaikan dengan baik, Fizik akan menjadi cerita yang sangat menakjubkan dan mungkin sahaja tiada alasan lagi untuk sukar mengingati rumus-rumus Fizik.
Topik 8 iaitu
Putaran Jasad Tegar (Rotation of Rigid
Body) merupakan satu topik yang agak kompleks di kalangan pelajar. Pelajar
sukar untuk menghubungkait antara satu rumus dengan rumus yang lain. Oleh itu,
melalui penceritaan yang mengikut turutan situasi membolehkan pelajar memahami
konsep seterusnya mengingati rumus-rumus yang terdapat dalam topik ini.
___________________________________________________
Every single thing on this Earth has its own mass. Let’s consider a mass of student as the object or the main character in this story line.
______________________________
Kebanyakan dari kita suka untuk mendengar cerita yang menarik. Sebahagiannya juga mungkin juga bijak menyambung cerita dengan hubungkait sesuatu untuk mengembangkan penceritaan tersebut. Akhirnya, cerita yang terhasil mengikut susunan yang teratur berjaya menambahkan kefahaman seseorang kepada mesej yang ingin disampaikan.
Teknik ini adalah inspirasi dari berikut :
Teknik ini adalah inspirasi dari berikut :


No comments:
Post a Comment